Tuesday, November 8

Eid Mubarak

Bismillah


Rasanya belum terlambat utk sy ucapkn Selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua yg meraikannya. Alhamdulilah,  berkesempatan lg tahun ni utk sy solat sunat hari raya. Ini dah tahun keempat sy beraya di perantauan :)


Aidiladha ni byk memberi pengajaran kpd sy. Kisah pengorbanan Ibrahim dah ahli keluarganya wajar diingati oleh semua. Bukan setakat diingati tapi perlu diambil ibrah daripada kisah mereka.



“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar“




(Assaffat 37:102)

Mari bersama kita mendekatkan diri dengan Allah,membesarkan kalimahNya dan menghayati perjuangan nabi ibrahim dalam meletakkan Allah paling tinggi dalam hidupnya. Begitu juga dengan nabi Ismail yg sabar dan tabah dengan kehendak penciptaNya. Ini sebab baginda yakin yang Allah akan beri terbaik kepada mereka sekeluarga. Setiap ujian dari Allah ada hikmah disebaliknya. 

Maka, kita perlu aplikasikan kisah mereka dalam kehidupan seharian. Letakkan tawakal kita hanya pada Allah,tuhan yang satu. Walau begitu byk dugaan yg melanda, hendaklah kita tetap teguh,kuat dan sabar dalam menghadapinya. Bykkan berdoa agar Allah beri kita kekuatan utk menghadapi semua tu.

Allahuakbar,Allahuakbar, Walillahilham.


No comments: