Saturday, January 28

Langit itu

Bismillah

Langit ilahi. Taken from outside of my house.Tak jemu memandangnya :)


Di bawah langit ini,
Aku merenung ciptaan Illahi,
Bersyukur atas segala nikmat yang diberi,
Yang dilimpahkan utk hambaNya setiap hari,
Tidak mampu utk aku memulang ganti.

Namun,kadangkala aku alpa,
Tewas dgn keindahan dunia,
Yang hanyalah sementara,
Aku bersujud memohon ampun padaNya,
Kerana aku adalah hamba,
Yang mencari redha sang pencipta.

Atas kuasa tuhanku,
Aku merasai nikmat kasih dan sayang
aku mengenal erti rindu
aku mula terbayang-bayang
akan masa depan yang tidak menentu
Oh tuhanku,
Ampunkan dosaku.

Kini,aku masih lagi melihat langit itu,
Bergantung pada pencipta yg satu,
Dan akan terus mengukuhkan rasa cinta padaNya
tanpa melebihkan kpd cinta manusia,
Kerana atas cintaNya
aku mampu bercinta,
Dan aku takut Allah murka
kerana akhirat adalah yg utama.


Inspirasi dari melihat langit setiap hari.
Langit di mana2 pun sama.Tetap cantik.
Kerna Allah itu sifatNya sangat sempurna.
Moga aku dpt mencintaiNya dengan setulus hati :)

Hamba~

No comments: