Sunday, March 18

Mengkritik itu mudah

Bismillah

Diam itu lebih baik dari menyakiti hati orang.
credit pic:deviant art


Mudahnya aku memberi kritikan
Tanpa aku menilai usaha yg diberikan
Aku memohon sebuah kemaafan
Atas kesilapan yg tidak disengajakan

Manusia itu punyai kelemahan
Memerlukan sokongan
Maka,tugasku adalah memberi bantuan
Dan boleh saja bg kritikan
Tetapi,biarlah ia sbg pengajaran
utk membaiki di ms hadapan

Ok.Actually,tadi aku dgr kwn2 aku mengeluh psl adek2 mereka.Dlm hatiku, ada terdetik yg mereka tak cukup DF adek2 mereka.Astagfirullah.Patutnya aku fikirkan solusi utk mereka.Bukan menghentam mereka.

Dan banyak lagi aku bg kritikan2. Yg kdg2 aku rasa mengguris hati2 mereka.

Aku mohon ampun.Aku juga manusia.yg punyai kelemahan.

Hamba~

Monday, February 27

Islam dan tarbiyah

Bismillah


Lamanya dah tak update blog. Dalam kepala ni terlalu byk benda yg tgh difikirkan hingga aku mengabaikan blog ni.Aduh.


iAllah,sedikit peringatan buat diri ini.


Tarbiyah itu adalah satu proses.
Bukan produk.
Sbb manusia akan terus mentarbiyahkan diri
Tiada cuti dan tak berhenti
Tiba saat ajal menghampiri
Diri akan menghadap Ilahi
Moga saat itu aku msh istiqamah utk tarbiyah diri

Islam itu membawa harapan
Memberi kejayaan
Buat hamba yg mengamalkan
Islam itu cara hidup
Yg berasakan quraan dan sunnah

Maka,mari kita sama2 hayati
agama islam ini
mengamalkan dan terus mempelajari
membawa mereka yg lain sekali
agar sama2 kita menuju syurga yg abadi
tidak terikat pada dunia yg melalaikan ini

Allahua'lam






Hamba~

Tuesday, January 31

Pergi jauh2

Bismillah

Bila hati tidak dijaga utkNya. Ia mudah retak krn manusia~
kredit pic : Deviantart


Otak aku celaru
Terlalu memikirkan perkara yg tak pasti
Bayangnya menghantui diri
Sana sini aku terfikirkan kamu
Pergilah jauh dari diriku
Sbb aku sangat tak mampu
Nak mengawal perasaan ini
Rasa sakit sgt di hati
Hingga aku terfikir utk membunuh diri


Astagfirullah.Lemahnya imanku kalau aku berbuat mcm tu
Aku tahu skrg jalannya adalah dgn mendekatkan diri padaNya
Aku perlu berbuat sesuatu
Walau payah mcm manapun
Aku harus melawan rasa syg yg palsu
Agar aku tidak berlaku zalim
Pada diriku dan mereka yg sayang padaku


Ya Allah..Aku memohon padamu
Bantulah aku.Beri aku kekuatan
Jangan kau biarkan perasaan ini menganggu hidup aku
Sbb aku sememangnya rapuh
Tetapi aku msh punyai iman
Sbg bekalan dan kekuatan
Untuk menghadapi segala cabaran


Mood :  Kecewa. Stress. Rasa nak gila

Kecewa sbb die tak syg pada aku.Mungkin. Aku tak sepatutnya berharap.
Stress sbb perasaan ni salah. Aku cuba nak buang.
Rasa nak gila sbb aku tak tahan dgn bayangan dia.

Saturday, January 28

Langit itu

Bismillah

Langit ilahi. Taken from outside of my house.Tak jemu memandangnya :)


Di bawah langit ini,
Aku merenung ciptaan Illahi,
Bersyukur atas segala nikmat yang diberi,
Yang dilimpahkan utk hambaNya setiap hari,
Tidak mampu utk aku memulang ganti.

Namun,kadangkala aku alpa,
Tewas dgn keindahan dunia,
Yang hanyalah sementara,
Aku bersujud memohon ampun padaNya,
Kerana aku adalah hamba,
Yang mencari redha sang pencipta.

Atas kuasa tuhanku,
Aku merasai nikmat kasih dan sayang
aku mengenal erti rindu
aku mula terbayang-bayang
akan masa depan yang tidak menentu
Oh tuhanku,
Ampunkan dosaku.

Kini,aku masih lagi melihat langit itu,
Bergantung pada pencipta yg satu,
Dan akan terus mengukuhkan rasa cinta padaNya
tanpa melebihkan kpd cinta manusia,
Kerana atas cintaNya
aku mampu bercinta,
Dan aku takut Allah murka
kerana akhirat adalah yg utama.


Inspirasi dari melihat langit setiap hari.
Langit di mana2 pun sama.Tetap cantik.
Kerna Allah itu sifatNya sangat sempurna.
Moga aku dpt mencintaiNya dengan setulus hati :)

Hamba~

Monday, January 9

Melihat alam

Bismillah

Alhamdulilah..Sy baru balik dari jaulah bersama family. Taddabur alam ni sgt best. Dapat membuktikan yg Allah itu ada,menyedarkan kita akan kebesaranNya dan juga mengajar kita akan kekuatanNya.Allah tak menjadikan bumi ini hanya sekadar perhiasan.tidak juga saja2.maka,sbg org beriman,kita mesti tahu ape tujuan bumi ini diciptakan.hatta penciptaan kita sendiri! :)

Contohnya, bila sy tgk laut.Mendengar desiran pantai je dah buat rasa kagum dgn ciptaanNya.Apatah lagi melihat keindahan pantai2 di Malaysia ini.SubhanaAllah! Masakan ianya tercipta sendiri.Manusia tak akan mampu mencipta pantai.Maka, siapakah pencipta di sebalik alam ini??Siapakan yg mengatur pergerakan alam ini? Mari sama2 kita melihat alam melalui mata hati.Sambil2 berdzikir2 memuji kebesaranNya :)


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.”

(QS.3:190-191)


Siang berganti malam.Siapa yg mengaturnya??

Air yg sentiasa mengalir.Ombak yg tdk berhenti bekerja.Siapa yg menyuruhnya?

Gunung2 tegak berdiri.Patuh pada arahan pencipta.

Rahsia langit ada pada penciptaNya.Mampu ke manusia mecipta langit?tidak bertiang dan mempunyai 7 lapisan?

Alam yg tidak statik.Ada warna2.Melihat alam sambil memuji2 kebesaran Allah.