Sunday, October 30

Pertemuan berharga

Bismillah

Pertemuan dua insan kerana Allah. Dua jiwa bersatu di bawah jagaan pencipta yang satu ~
credit picture : Deviantart

Sebuah pertemuan yang singkat
tapi sangat bermakna
kerana hati-hati kami sudah terikat
dengan ikatan aqidah dalam mencari redhaNya
Ukhuwah ini tidak akan selamanya kuat
Jika kami tidak berpaksikan Allah
Maka,aku dan mereka sentiasa beringat
tujuan hidup sebagai khalifah
Ada cita2 dan matlamat
agar kami tidak leka dibuai arus dunia yg penuh tipu helah
Sebaliknya berusaha untuk kehidupan yang bahagia di akhirat

Kadangkala aku mengimpikan kemewahan dunia, punyai harta dan banyak benda.Tetapi,aku mohon pada Allah agar pelihara hati ini dari mencintai dunia lebih dariNya.Kerana syurga itu jauh lebih berharga. Biarpun aku diuji untuk hidup dikalangan mereka yang cintakan dunia,aku berdoa agar imanku terus kuat dan kukuh. Tidak goyah dalam berkorban harta dan masa. Sesungguhnya Allah suka akan hamba-hambanya yang sabar :)

Coretan kata buat mereka yang aku sayangi keranaNya,
Di dalam bilik seorang diri,
Bersyukur atas segala nikmat yang diberi,
Hamba~

Thursday, October 27

Salam

Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulilah. Permulaan dalam usaha menyampaikan risalahNya. inshaAllah, blog ini akan dijadikan medium utk saya berkongsi ilmu dengan para pembaca. Moga kita mendapat berkat dalam setiap perbuatan kita. Ayuh, ikhlaskan niat hanya kerana Nya.

Terima Kasih :)