Thursday, November 17

rasa sayang

Bismillah



Dua jiwa berpimpin tangan, bersama2 mengejar syurga Allah. :)
Credit pic : Deviantart



Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Anfal : 62-63)


Ayat2 Allah sgt best utk ditaddabur. Sejak sy berpindah ke tempat baru, sy sering terkenangkan mereka2 yg sy sayangi di tempat lama. Sy akui mula2 sy susah utk menerima kehadiran orang2 baru dalam hidup sy. Tetapi, Allah jua yg buka hati2 kita. Tak perlu pun utk kita kenal lama org tu, baru kita nak syg. Ikatan aqidah antara org2 beriman ni, Allah jua yg jaga. Allah yg beri nikmat ukhuwah itu. Allah yg beri nikmat kasih sayang.
Alhamdulilah, bersyukur padaNya atas rasa sayang ini.

Moga2 nikmat ini menjadikan sy seorang yg lebih berlapang dada dalam berukhuwah. Lebih mementingkan kebajikan org lain lebih dari diri sy sendiri. inshaAllah, sy berjanji dgn diri sendiri utk bersyukur akan perasaan syg ini.

Malam2 mcm ni mmg best utk layan perasaan.Sambil2 melihat langit yg indah, sy berdoa agar mereka2 yg sy syg tak kira di mana jua berada, Allah akan jaga mereka :)

Sy sayangkan mereka keranaNya :)

Tuesday, November 15

Menjauhi perkara yg tak berfaedah

Bismillah

Assalamualaikum wrm

Sedikit perkongsian berkaitan hadith 12.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. 

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.


Hadis ini walaupun singkat, tapi, kandungannya sangatlah berat. Bukan senang utk kita meninggalkan perkara2 yg tak berfaedah lebih2 lagi kalau perkara2 itu dah biasa kita buat kan.  Ada 2 perkara utama yg ditekankan dalam hadith ini iaitu kesempurnaan iman dan meninggalkan perkara2 yg tidak bermanfaat baginya.

Sedikit huraian dari hadith ini :

1.  Untuk membangunakan masyarakat yang mulia. Dengan seseorang  tidak campur tangan urusan org lain yg tidak bermanfaat baginya. Tapi, tidaklah bermakna kita kena mengasingkan diri daripada masyarakt.Sebaliknya, seorang mukmin itu perlu mengambil berat pada masyarakat sekelilinngnya tetapi ada peraturannya. 
2. Melakukan perkara yg perlu dan menjauhi perkara yg tak perlu berlandaskan neraca rabbaniyah. Keimanan pada Allah akan menjadikan seseorang mampu utk membezakan kehendak dan keperluan.
3. Hati sibuk dengan mengigati Allah dan meninggalkan perkara2 yg jauh daripada mengigatiNya. Setiap perkara yg kita lakukan mestilah berniatkan Allah. Itu adalah ibadah.Tidak semestinya hanya dgn solat atau zikrullah. Belajar,makan, bersukan juga adalah ibadah jika tujuan kita hanya utk mencari redha Allah.
4. Menyibukkan diri dengan perkara yg tidak berguna adalah salah satu tanda kerugian iman. Conthnya, bila kita join kwn2 kita yg sedang bergossip.  Kdg2 kita tak sedar yg sbnrnya kita mmg tgh sibuk hal org lain,dgn cara yg slh.

inshaAllah, sy nak ajak semua utk bersama2 kita mengaplikasikan hadis 12 ni dlm kehidupan seharian. Perlu sentiasa muhasabah balik apa yg dh dilakukan hari ni.

Moga2 hari esok lebih baik dari sebelumnya :)

Allahua'lam. Mari menjadi hamba Allah yg sejahtera :)

Tuesday, November 8

Eid Mubarak

Bismillah


Rasanya belum terlambat utk sy ucapkn Selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua yg meraikannya. Alhamdulilah,  berkesempatan lg tahun ni utk sy solat sunat hari raya. Ini dah tahun keempat sy beraya di perantauan :)


Aidiladha ni byk memberi pengajaran kpd sy. Kisah pengorbanan Ibrahim dah ahli keluarganya wajar diingati oleh semua. Bukan setakat diingati tapi perlu diambil ibrah daripada kisah mereka.



“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar“




(Assaffat 37:102)

Mari bersama kita mendekatkan diri dengan Allah,membesarkan kalimahNya dan menghayati perjuangan nabi ibrahim dalam meletakkan Allah paling tinggi dalam hidupnya. Begitu juga dengan nabi Ismail yg sabar dan tabah dengan kehendak penciptaNya. Ini sebab baginda yakin yang Allah akan beri terbaik kepada mereka sekeluarga. Setiap ujian dari Allah ada hikmah disebaliknya. 

Maka, kita perlu aplikasikan kisah mereka dalam kehidupan seharian. Letakkan tawakal kita hanya pada Allah,tuhan yang satu. Walau begitu byk dugaan yg melanda, hendaklah kita tetap teguh,kuat dan sabar dalam menghadapinya. Bykkan berdoa agar Allah beri kita kekuatan utk menghadapi semua tu.

Allahuakbar,Allahuakbar, Walillahilham.