Sunday, September 9

Reviu : Memoir seorang Guru

Bismillah

Lama sudah tak menulis
Aku tiada sebab utk tak menulis
Mungkin kekeringan idea
Akibat cuti yang berpanjangan
tanpa aku gunakan utk menambah ilmu ku.

Allahu allah.
ampunkan  dosa2 ku.
baik yg aku lakukan secara sengaja atau tak sengaja.
moga setiap perbuatan ku digerakkan oleh imanku
bukan emosi atau hawa nafsu.
amin ya rahman..ya rahim..

Untuk entry kali ini,sy ingin berkogsi ulasan sy mengenai buku Memoir seorang Guru (Oleh Azizi Abdullah)..

Sinopsis cerita ni berkisarkan seorang bapa yg pada mulanya menentang anaknya utk menceburi bidang perguruan.Penentangan ini bukan disebabkan gaji cikgu kecik atau profession ini tidak bagus.Tapi, si ayah takut andai anaknya menjadi sepertinya.Nasihat2 seorang ayah kepada anaknya byk diterapkan dlm novel ini.Ini termasuklah mengenai keberkatan dlm mencari rezeki,tanggungjawab pada ibubapa,menghormati orang tua dan keikhlasan dlm beribadah pada Nya.

Sebagai seorang bakal guru (inshaAllah), sy sangat tersentuh bila penulis menceritakan bagaimna perasaan seorang guru bila melihat anak2 muridnya semua menjadi org berguna.Penulis cuba mengetengahkan tanggugjawab seorang guru utk menjadi murabbi.Bukan hanya makan gaji,terikat dgn kurikulum dan lain2.

Penulis membuatkan pembaca melahirkan pelbagai emosi. Ada ketikanya aku sedih,gembira,insaf.Sarat dengan emosi. Cuma, cara penulis menceritakn isu2 dialog dan masa lampau,ada ketikanya sukar utk difahami.Penggunaan perkataan yg kdg2 kala mengelirukan.

Secara keseluruhannya,buku ini best.Sangat2 dicadangkan utk bakal2 guru. Moga kita dp melahirkan pemuda pemudi yg soleh dan solehah.menjadi murabbi yg ikhlas bekerja.Aminn :)

Credit picture :  Di sini :)