Tuesday, January 31

Pergi jauh2

Bismillah

Bila hati tidak dijaga utkNya. Ia mudah retak krn manusia~
kredit pic : Deviantart


Otak aku celaru
Terlalu memikirkan perkara yg tak pasti
Bayangnya menghantui diri
Sana sini aku terfikirkan kamu
Pergilah jauh dari diriku
Sbb aku sangat tak mampu
Nak mengawal perasaan ini
Rasa sakit sgt di hati
Hingga aku terfikir utk membunuh diri


Astagfirullah.Lemahnya imanku kalau aku berbuat mcm tu
Aku tahu skrg jalannya adalah dgn mendekatkan diri padaNya
Aku perlu berbuat sesuatu
Walau payah mcm manapun
Aku harus melawan rasa syg yg palsu
Agar aku tidak berlaku zalim
Pada diriku dan mereka yg sayang padaku


Ya Allah..Aku memohon padamu
Bantulah aku.Beri aku kekuatan
Jangan kau biarkan perasaan ini menganggu hidup aku
Sbb aku sememangnya rapuh
Tetapi aku msh punyai iman
Sbg bekalan dan kekuatan
Untuk menghadapi segala cabaran


Mood :  Kecewa. Stress. Rasa nak gila

Kecewa sbb die tak syg pada aku.Mungkin. Aku tak sepatutnya berharap.
Stress sbb perasaan ni salah. Aku cuba nak buang.
Rasa nak gila sbb aku tak tahan dgn bayangan dia.

Saturday, January 28

Langit itu

Bismillah

Langit ilahi. Taken from outside of my house.Tak jemu memandangnya :)


Di bawah langit ini,
Aku merenung ciptaan Illahi,
Bersyukur atas segala nikmat yang diberi,
Yang dilimpahkan utk hambaNya setiap hari,
Tidak mampu utk aku memulang ganti.

Namun,kadangkala aku alpa,
Tewas dgn keindahan dunia,
Yang hanyalah sementara,
Aku bersujud memohon ampun padaNya,
Kerana aku adalah hamba,
Yang mencari redha sang pencipta.

Atas kuasa tuhanku,
Aku merasai nikmat kasih dan sayang
aku mengenal erti rindu
aku mula terbayang-bayang
akan masa depan yang tidak menentu
Oh tuhanku,
Ampunkan dosaku.

Kini,aku masih lagi melihat langit itu,
Bergantung pada pencipta yg satu,
Dan akan terus mengukuhkan rasa cinta padaNya
tanpa melebihkan kpd cinta manusia,
Kerana atas cintaNya
aku mampu bercinta,
Dan aku takut Allah murka
kerana akhirat adalah yg utama.


Inspirasi dari melihat langit setiap hari.
Langit di mana2 pun sama.Tetap cantik.
Kerna Allah itu sifatNya sangat sempurna.
Moga aku dpt mencintaiNya dengan setulus hati :)

Hamba~

Monday, January 9

Melihat alam

Bismillah

Alhamdulilah..Sy baru balik dari jaulah bersama family. Taddabur alam ni sgt best. Dapat membuktikan yg Allah itu ada,menyedarkan kita akan kebesaranNya dan juga mengajar kita akan kekuatanNya.Allah tak menjadikan bumi ini hanya sekadar perhiasan.tidak juga saja2.maka,sbg org beriman,kita mesti tahu ape tujuan bumi ini diciptakan.hatta penciptaan kita sendiri! :)

Contohnya, bila sy tgk laut.Mendengar desiran pantai je dah buat rasa kagum dgn ciptaanNya.Apatah lagi melihat keindahan pantai2 di Malaysia ini.SubhanaAllah! Masakan ianya tercipta sendiri.Manusia tak akan mampu mencipta pantai.Maka, siapakah pencipta di sebalik alam ini??Siapakan yg mengatur pergerakan alam ini? Mari sama2 kita melihat alam melalui mata hati.Sambil2 berdzikir2 memuji kebesaranNya :)


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.”

(QS.3:190-191)


Siang berganti malam.Siapa yg mengaturnya??

Air yg sentiasa mengalir.Ombak yg tdk berhenti bekerja.Siapa yg menyuruhnya?

Gunung2 tegak berdiri.Patuh pada arahan pencipta.

Rahsia langit ada pada penciptaNya.Mampu ke manusia mecipta langit?tidak bertiang dan mempunyai 7 lapisan?

Alam yg tidak statik.Ada warna2.Melihat alam sambil memuji2 kebesaran Allah.