Tuesday, January 29

bekalan dan persiapan

Salam'alaikum wrm

Bermulanya tahun 2013, aku ada buat beberapa resolusi yg perlu aku capai untuk tahun ni. Bagi aku, untuk berjaya,kita mesti ada target. Bila dah ada target, baru ada persiapan dan bekalan. Kita berusaha menyediakan bekalan dan mempersiapkan diri untuk menuju ke arah impian kita..

Contohnya : Mr A berazam untuk mendirikan rumah tangga tahun 2013 ni.. Maka, A kerja kuat2 utk kumpul duit agar impian A utk berkahwin tercapai. Maklumlah,zaman skrg ni kalau nak kahwin,byk pakai duit. Malah, A juga mempersiapkan diri dgn ilmu2 munakahat dan fardu ain. Yelah, A kan bakal menjadi seorang imam bg sesebuah keluarga.Tanggungjawab byk.Maka,perlulah ada ilmu kan.Baru kehidupan sejahtera...Ok.Bayangkan kalau A ni tak buat persiapan? Duit pinjam bank/parents/kawan2..Ilmu takde.Yg die tahu kahwin ni sebab cinta je (nilah mslh remaja2 skrg.huhu)..Kalau cinta,sanggup berkorban apa saja lah kononya.Tu semua omong2 sebelum kahwin je.Percayalah..Akibat dari kurang/tiada persiapan yang dilakukan oleh A, rumahtangga yg baru dibina dilanda badai.Yelah, A hadapi mslh kewangan (mcm2 hutang), A dan isteri tidak bersefahaman ,A dah hilang rasa cintanya dan mcm2 lagi masalah dlm rumah tangga A ni.

Itu baru satu contoh diberi.Ironinya, dlm menjalani kehidupan ini,kita perlu sentiasa bersedia.Perjalanan yg panjang ni memerlukan bekalan agar kita tidak sangkut sebelum tiba ke destinasi kita.Dlm apa jua aktiviti yg kita lakukan,kita mesti ada persiapan dan bekalan.Tak kiralah dalam study ke,pekerjaan,perkahwinan, pengembaraan dan etc..


Ingatlah kehidupan dunia ni hanya sementara.Kehidupan akhirat jua yg hakiki. Allah beri kita peluang utk berusaha dgn melakukan amal2 yg baik agar kita dapat mempersiapkan diri dalam menuju ke kehidupan hakiki.Ibaratnya, dunia ini spt ladang yg kita gunakan utk menanam tanaman utk kita gunakan kelak.Jangan kita leka dengan keindahan dunia hingga kita terlupa utk mempersiapkan diri dan menyediakan bekalan utk kita hadapi kehidupan akhirat.

Firman Allah :

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal." (QS. Al-Baqarah: 197)

Allah dah beritahu dalam quran yg bekalan terbaik yg patut kita sediakan bukanlah pakaian yg mewah2,harta kekayaan,keluarga yg ramai ataupun pangkat dan populariti. Sebaliknya, bekalan taqwa yang patut kita sediakan. Nah..Jelas bukan peringatan dari Allah..Maka, mengapa selain dari taqwa yg kita sibuk2 kejar tu?? Walau harta banyak, populariti mencanak2, pangkat pun tinggi, tidaklah ada kepentingannya semua itu bila mana kita telah menghembuskan nafas yang terakhir..

Maka, ayuh rakan2 dan para pembaca. Siapkan diri kita dan sediakanlah bekalan secukupnya..Agar impian kita utk bertemu Illahi tercapai.

Akhir kata, walau apa pun yg kita ingin lakukan, sila bersedia,bersedia dan bersedia :)

Monday, November 5

Bismillah

Salam'alaikum

May Allah helps us to be patient and grateful :)
credit pic : googleimage


It has been 4months since I back  to Malaysia. Within that time, I got no usrah (except usrah online), no mukhayam, no daurah and no jobs. I am unemployed. But, there are many jobs that I can do at my home. I learn about cooking and taking care of baby. It's still good,though!

Banyak benda yang Allah nak sy belajar sepanjang menjadi penggangur ni.Yang paling sy rasa nak share ialah KESABARAN. Dan bersabar itu tidak ada limitnya..Memang saya rasa kesabaran sy betul2 diuji dalam tempoh 4 bulan ni. Menunggu2 khabar dari sponsor. Berdoa hari2 agar Allah permudahkan sy mendapat kerja. Menjawab pertanyaan org bila nak bekerja.

Itulah antara perkara2 yang sy terpaksa bersabar sepanjang tak bekerja ni. Kadang2 sy lemah jua. Pernah satu hari sy marah2..Marah sebab tak dapat kerja lagi. Sy marah kt keluarga sy yg sememangnya tak bersalah dalam hal  ni. Namun, sy masih konsisten dalam berdoa padaNya agar terus berikan sy kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Dalam surah Al-Kahfi, ada kisah antara nabi musa dan khidir. Nabi Khidir telah diberi ilmu oleh Allah dan atas sebab itu, nabi Musa ingin berguru dengannya. Nabi khidir meletakkan syarat agar Nabi Musa boleh mengikutinya tapi tidak boleh bertanya akan apa yang dikerjakannya. Namun, Nabi Musa telah bertanya akan perihal nabi khidir. Disebabkan ketidaksabarannya,nabi musa tidak dibenarkan lagi mengikuti khidir. Dan nabi khidir telah menjelaskan sebab2 tindakkannya dan atas arahan Allah jualah yang mendorong tindakan nabi khidir. Cerita akan mereka berdua boleh dirujuk pada ayat 62-82.
Ibrah kisah ni antaranya adalah Allah nak melatih kita utk bersabar dalam menuntut ilmu. Selain itu, setiap yang berlaku adalah atas aturan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Maka,kita as hamba,perlu kena bersabar dan yakin yang Allah tak akan sia-siakan kita.

So, i am waiting and will be waiting for my sponsor calling me to work. After all, it is Allah who give me the job.Not my sponsor. Keep praying to Him and believe that He has reason on doing this. He has the power to hold my job until the right time arrives.Sometimes, Allah give us what we need but not what we want.

 "Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar" [Al-Baqarah :155]






Thursday, October 25

Pengorbanan

Bismillah

'Berkorban apa sahaja.Harta ataupun nyawa..
Itulah kasih mesra.Sejati dan mulia'...

Bait2 lagu diatas adalah daripada lirik lagu Berkorban apa sahaja oleh P.Ramlee. Lagu yang simple, but, the lyric is so meaningful.

 Just ask ourselves, are we willing to sacrifice our money,life,time and everything we have for the sake of our deen (islam)? Are we willing to leave everything we have in this dunya for seeking Allah's blessing?


Okay..sedikit muhasabah diri.iAllah,esok kita akan menyambut aidiladha.Hari ini disambut sempena mengingati kisah nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya,nabi ismail demi menuruti perintah Allah. IAllah,saya percaya kita semua tahu kisah ni. Saya cuma nak kita amek iktibar akan kisah mereka dlm menghadapi kehidupan seharian kita.


Bila kita sebut pengorbanan, ia boleh dikaitkan dengan kesabaran dan keikhlasan. Maka, bila kita ingin mencari redha Allah,kita kena sabar dalam menghadapi ujian dariNya.tak kira apa bentuk ujian. Kita akan kena sentiasa berkorban, lebih2 lagi kita sekarang hidup dalam zaman materialisme..Sanggup mengorbankan harta utk disedekahkan pada yg memerlukan. Berkorban masa dan tenaga demi menghadiri majlis2 ilmu. Hatta berkorban meninggalkan perkara2 yang membuang masa/lagha. Dan banyak lagi. Terlalu banyak yang kita boleh lakukan..Bila nak buat semua tu,ia mmg bukan senang.Maka,kita perlu ikhlaskan diri dlm buat semua tu. Solely for Allah.


Kalau kita niatkan kerana Allah, sy yakin hati kita akan lebih tenang. iAllah,kita akan rasa lebih berbaloi utk buat semua pengorbanan tu. Kita tak harapkan pujian ataupun balasan. Kalau tetiba hati kita terdetik utk rasa tak ikhlas, kena cepat2 ingatkan diri yang saham akhirat jauh lebih bermakna. Memang mungkin pengorbanan yg kita lakukan,tak dapat apa2 penghargaan pun didunia ni,Tapi, percayalah yang Allah akan menilainya..




"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
(Al-Zalzalah : 7-8)

Bersempena dengan aidiladha esok, saya mohon pada semua agar sama2 kita berusaha mencontohi kisah nabi ibrahim dan anaknya.Hatta, Siti Hajar (isteri kpd nabi ibrahim/ibu kpd nabi ismail) pun menunjukkan tauladan yg dapat kita ikuti.Pengorbanan perlu disertai dengan kesabaran dan keikhlasan kpd Allah.
Letakkan segala kebergantungan kita pada Allah, hanya kerana Dia yang mampu memberi kita erti kebahagiaan yang hakiki.

Allahua'lam

p/s: Mari banyakkan bertakbir!!


Sunday, October 21

Muhasabah seketika :)

Assalamualaikum

A man came to Al-Hasan Al-Basri (rahimahullah) and said:

“I heard you say that if you commit sins, then Allah prevents you from things. I do all the sins that you can think of and don’t do many good deeds. I have a beautiful wife and beautiful kids and a lot of money and land and am successful. Allah did not prevent me from anything. How is it that you say that because of sins Allah prevents you?”

He said:

“Do you pray qiyamullayl? Do you enjoy your du’a? Do you enjoy your ṣalah? That is enough prevention that He prevented you from communicating with Him.”


 Oh,snap!! There's more :


"sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya."


[Ibnu Qayyim]

AllahuAllah.



Allah suka pada hambaNya yang segera bertaubat :)
picture taken : googleimage

JOM sama2 kita membersihkan diri dari karat2 jahiliyah dan dosa baik dosa besar mahupun kecil. Moga2 dengan usaha pembersihan ini dapat memberi kita rasa nikmatnya beribadah dan sujud padaNya.







ya Allah,apa yang bisa..
ku tebus kepadaMu..
atas dosaku..

ya Allah,hina terasa..
biarku bersujud untuk ke syurgaMu.






Wednesday, October 3

Kisah tabiin


Bismillahirahmanirahim


Zainul Abidin Ali Bin Al-Husain Bin Ali
Pengenalan
·         Cicit kepada RasulAllah SAW
·         Anak kepada Sayyidina Hussain RA dan Ghazalah (Shah Zinan).
·         Dikenali sebagai “Zainul abidin” kerana ketekunannya dalam melaksanakan ibadah.
·         Juga dikenali sebagai “al-Sajjad” kerana sikapnya yang suka sujud dalam masa yang lama.
·         Juga digelar sebagai “al-Zaki” kerana ketulusan hatinya.
Zaman kanak2
·         Dilahirkan di Madinah (ada sejarawan kata Kufa) pada 38H.
·         Ibunya wafat ketika beliau masih bayi.Maka beliau dijaga oleh ibu saudaranya (kakak kepada Hussain) Hassan,dan ayahnya.
·         Dapat bersama dengan datuknya,Ali B Abi Talib sehingga beliau berumur 2 tahun.
·         Pada umurnya setahun setengah,beliau meniru perbuatannya atuknya yang ketika itu sedang solat.Beliau bersembahyang sebagaimana datuknya lakukan.Selesai solat, Ali RA berkata "How truthful was the Prophet when he said our young and our old are all the same, all being Muhammed."

Zaman dewasa
·         Berumur 22tahun ketika bapanya wafat.
·         Amat memahami bahawa doa adalah teras ibadah.Oleh itu,beliau gemar berdoa sedaya-upaya terutamanya di kelambu Kaabah.
·         Suatu hari, Towuus bin Kaisaan ternampak Zainul abidin sedang berteduh di bawah naungan Kaabah. Ketika itu, Zainul abidin sedang mengerang seperti orang kesakitan.Beliau menangis teresak-esak dan memanjatkan doa spt orang yang sudah pasrah.Towuus menunggu sehingga tangisannya reda dan lalu menemuinya.
“ Wahai anak RasulAllah (merujuk kepada Zainul abidin),saya nampak apa yang engkau lakukan tadi. Engkau sebenarnya ada tiga kelebihan yang mungkin akan dapat meredakan ketakutanmu”.
“Apakah kelebihan itu,wahai Towuus?” tanya Zainul abidin.
“Pertama,engkau adalah anak RasulAllah SAW.Kedua, syafaat datukmu.Ketiga,ialah rahmat Allah.”
Zainul abidin membalas: “Wahai Towuus,hubungan saya dengan RasulAllah SAW tidak dapat mententeramkan saya setelah saya mendengar firman Allah (rujuk ayat al-Mukminun :101).
“Tentang syafaat datuk saya,Allah sendiri telah menyatakan KalimahNya  (rujuk ayat Al-Anbiya:28).
“Sementara rahmat Allah pula Dia nyatakan (rujuk surah Al-A’raf:56).
·         Beliau setiap malamnya memikul sendiri karung makanan di atas punggungnya dan menyedekahkan kepada para fakir miskin di Madinah. Beliau berkata “ Sessunguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan.”
Ramai dikalangan penduduk Madinah hidup tanya menyedari siapakah yang memberikan mereka saran hidup.Setelah Ali bin al-Hussain wafat,barulah mereka tahu daripada mana bantuan yang mereka terima selama ini.
Amr bin Tsabit menceritakan,ketikan jenazah Ali Zainul Abidin dimandikan,orang2 yang melihat jenazahnya terlihat tanda hitam di belakang badannya.Mereka bertanya “ Apakah benda ini? “ Mereka diberitahu “ itulah kesan beliau mengangkat guni tepung kepada 100 buah rumah penduduk madinah yang kini kehilangan orang yang selama ini memberi bantuan pada mereka”.
·         Diceritakan oleh al-Hassan bin al-Hassan :
“Suatu ketika berlaku perselisihan faham antara saya dengan sepupu saya,Zainul abidin. Saya datang menemuinya dalam keadaan marah dan saya luahkan semua kemarahan saya. Namun beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Beliau ketika itu dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya.Selepas itu,saya beredar.
“Pada malamnya,kedengaran pintu rumah saya diketuk dan saya bangun untuk melihat siapa gerangannya.Rupa-rupanya Zainul abidin. Saya sangka beliau pasti mahu membalas apa yang saya lakukan siang tadi.Namun,sangkaan saya meleset apabila beliau berkata:
“ Saudaraku, jika apa yang engkau katakana itu betul, saya berharap moga Allah ampunkan saya.Namun,jika tidak betul,moga Allah mengampunkanmu.”
Setelah itu,beliau memberi salam dan terus beredar.Saya pun mengejarnya dan katakana padanya :
“Saya bersumpah saya tidak akan lakukan lagi perkara yang tidak engkau sukai.
“Saya maafkan apa yang engkau lakukan itu”,balas Zainul abidin dengan lembutnya.
·         Beliau meninggal di Madinah pada 94H.Meninggalkan 11 putera dan 4 puteri. Adapun warisan yang ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu,kezuhudan dan ibadah.