Wednesday, October 3

Kisah tabiin


Bismillahirahmanirahim


Zainul Abidin Ali Bin Al-Husain Bin Ali
Pengenalan
·         Cicit kepada RasulAllah SAW
·         Anak kepada Sayyidina Hussain RA dan Ghazalah (Shah Zinan).
·         Dikenali sebagai “Zainul abidin” kerana ketekunannya dalam melaksanakan ibadah.
·         Juga dikenali sebagai “al-Sajjad” kerana sikapnya yang suka sujud dalam masa yang lama.
·         Juga digelar sebagai “al-Zaki” kerana ketulusan hatinya.
Zaman kanak2
·         Dilahirkan di Madinah (ada sejarawan kata Kufa) pada 38H.
·         Ibunya wafat ketika beliau masih bayi.Maka beliau dijaga oleh ibu saudaranya (kakak kepada Hussain) Hassan,dan ayahnya.
·         Dapat bersama dengan datuknya,Ali B Abi Talib sehingga beliau berumur 2 tahun.
·         Pada umurnya setahun setengah,beliau meniru perbuatannya atuknya yang ketika itu sedang solat.Beliau bersembahyang sebagaimana datuknya lakukan.Selesai solat, Ali RA berkata "How truthful was the Prophet when he said our young and our old are all the same, all being Muhammed."

Zaman dewasa
·         Berumur 22tahun ketika bapanya wafat.
·         Amat memahami bahawa doa adalah teras ibadah.Oleh itu,beliau gemar berdoa sedaya-upaya terutamanya di kelambu Kaabah.
·         Suatu hari, Towuus bin Kaisaan ternampak Zainul abidin sedang berteduh di bawah naungan Kaabah. Ketika itu, Zainul abidin sedang mengerang seperti orang kesakitan.Beliau menangis teresak-esak dan memanjatkan doa spt orang yang sudah pasrah.Towuus menunggu sehingga tangisannya reda dan lalu menemuinya.
“ Wahai anak RasulAllah (merujuk kepada Zainul abidin),saya nampak apa yang engkau lakukan tadi. Engkau sebenarnya ada tiga kelebihan yang mungkin akan dapat meredakan ketakutanmu”.
“Apakah kelebihan itu,wahai Towuus?” tanya Zainul abidin.
“Pertama,engkau adalah anak RasulAllah SAW.Kedua, syafaat datukmu.Ketiga,ialah rahmat Allah.”
Zainul abidin membalas: “Wahai Towuus,hubungan saya dengan RasulAllah SAW tidak dapat mententeramkan saya setelah saya mendengar firman Allah (rujuk ayat al-Mukminun :101).
“Tentang syafaat datuk saya,Allah sendiri telah menyatakan KalimahNya  (rujuk ayat Al-Anbiya:28).
“Sementara rahmat Allah pula Dia nyatakan (rujuk surah Al-A’raf:56).
·         Beliau setiap malamnya memikul sendiri karung makanan di atas punggungnya dan menyedekahkan kepada para fakir miskin di Madinah. Beliau berkata “ Sessunguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan.”
Ramai dikalangan penduduk Madinah hidup tanya menyedari siapakah yang memberikan mereka saran hidup.Setelah Ali bin al-Hussain wafat,barulah mereka tahu daripada mana bantuan yang mereka terima selama ini.
Amr bin Tsabit menceritakan,ketikan jenazah Ali Zainul Abidin dimandikan,orang2 yang melihat jenazahnya terlihat tanda hitam di belakang badannya.Mereka bertanya “ Apakah benda ini? “ Mereka diberitahu “ itulah kesan beliau mengangkat guni tepung kepada 100 buah rumah penduduk madinah yang kini kehilangan orang yang selama ini memberi bantuan pada mereka”.
·         Diceritakan oleh al-Hassan bin al-Hassan :
“Suatu ketika berlaku perselisihan faham antara saya dengan sepupu saya,Zainul abidin. Saya datang menemuinya dalam keadaan marah dan saya luahkan semua kemarahan saya. Namun beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Beliau ketika itu dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya.Selepas itu,saya beredar.
“Pada malamnya,kedengaran pintu rumah saya diketuk dan saya bangun untuk melihat siapa gerangannya.Rupa-rupanya Zainul abidin. Saya sangka beliau pasti mahu membalas apa yang saya lakukan siang tadi.Namun,sangkaan saya meleset apabila beliau berkata:
“ Saudaraku, jika apa yang engkau katakana itu betul, saya berharap moga Allah ampunkan saya.Namun,jika tidak betul,moga Allah mengampunkanmu.”
Setelah itu,beliau memberi salam dan terus beredar.Saya pun mengejarnya dan katakana padanya :
“Saya bersumpah saya tidak akan lakukan lagi perkara yang tidak engkau sukai.
“Saya maafkan apa yang engkau lakukan itu”,balas Zainul abidin dengan lembutnya.
·         Beliau meninggal di Madinah pada 94H.Meninggalkan 11 putera dan 4 puteri. Adapun warisan yang ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu,kezuhudan dan ibadah.

No comments: