Thursday, October 25

Pengorbanan

Bismillah

'Berkorban apa sahaja.Harta ataupun nyawa..
Itulah kasih mesra.Sejati dan mulia'...

Bait2 lagu diatas adalah daripada lirik lagu Berkorban apa sahaja oleh P.Ramlee. Lagu yang simple, but, the lyric is so meaningful.

 Just ask ourselves, are we willing to sacrifice our money,life,time and everything we have for the sake of our deen (islam)? Are we willing to leave everything we have in this dunya for seeking Allah's blessing?


Okay..sedikit muhasabah diri.iAllah,esok kita akan menyambut aidiladha.Hari ini disambut sempena mengingati kisah nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya,nabi ismail demi menuruti perintah Allah. IAllah,saya percaya kita semua tahu kisah ni. Saya cuma nak kita amek iktibar akan kisah mereka dlm menghadapi kehidupan seharian kita.


Bila kita sebut pengorbanan, ia boleh dikaitkan dengan kesabaran dan keikhlasan. Maka, bila kita ingin mencari redha Allah,kita kena sabar dalam menghadapi ujian dariNya.tak kira apa bentuk ujian. Kita akan kena sentiasa berkorban, lebih2 lagi kita sekarang hidup dalam zaman materialisme..Sanggup mengorbankan harta utk disedekahkan pada yg memerlukan. Berkorban masa dan tenaga demi menghadiri majlis2 ilmu. Hatta berkorban meninggalkan perkara2 yang membuang masa/lagha. Dan banyak lagi. Terlalu banyak yang kita boleh lakukan..Bila nak buat semua tu,ia mmg bukan senang.Maka,kita perlu ikhlaskan diri dlm buat semua tu. Solely for Allah.


Kalau kita niatkan kerana Allah, sy yakin hati kita akan lebih tenang. iAllah,kita akan rasa lebih berbaloi utk buat semua pengorbanan tu. Kita tak harapkan pujian ataupun balasan. Kalau tetiba hati kita terdetik utk rasa tak ikhlas, kena cepat2 ingatkan diri yang saham akhirat jauh lebih bermakna. Memang mungkin pengorbanan yg kita lakukan,tak dapat apa2 penghargaan pun didunia ni,Tapi, percayalah yang Allah akan menilainya..




"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
(Al-Zalzalah : 7-8)

Bersempena dengan aidiladha esok, saya mohon pada semua agar sama2 kita berusaha mencontohi kisah nabi ibrahim dan anaknya.Hatta, Siti Hajar (isteri kpd nabi ibrahim/ibu kpd nabi ismail) pun menunjukkan tauladan yg dapat kita ikuti.Pengorbanan perlu disertai dengan kesabaran dan keikhlasan kpd Allah.
Letakkan segala kebergantungan kita pada Allah, hanya kerana Dia yang mampu memberi kita erti kebahagiaan yang hakiki.

Allahua'lam

p/s: Mari banyakkan bertakbir!!


No comments: