Tuesday, January 29

bekalan dan persiapan

Salam'alaikum wrm

Bermulanya tahun 2013, aku ada buat beberapa resolusi yg perlu aku capai untuk tahun ni. Bagi aku, untuk berjaya,kita mesti ada target. Bila dah ada target, baru ada persiapan dan bekalan. Kita berusaha menyediakan bekalan dan mempersiapkan diri untuk menuju ke arah impian kita..

Contohnya : Mr A berazam untuk mendirikan rumah tangga tahun 2013 ni.. Maka, A kerja kuat2 utk kumpul duit agar impian A utk berkahwin tercapai. Maklumlah,zaman skrg ni kalau nak kahwin,byk pakai duit. Malah, A juga mempersiapkan diri dgn ilmu2 munakahat dan fardu ain. Yelah, A kan bakal menjadi seorang imam bg sesebuah keluarga.Tanggungjawab byk.Maka,perlulah ada ilmu kan.Baru kehidupan sejahtera...Ok.Bayangkan kalau A ni tak buat persiapan? Duit pinjam bank/parents/kawan2..Ilmu takde.Yg die tahu kahwin ni sebab cinta je (nilah mslh remaja2 skrg.huhu)..Kalau cinta,sanggup berkorban apa saja lah kononya.Tu semua omong2 sebelum kahwin je.Percayalah..Akibat dari kurang/tiada persiapan yang dilakukan oleh A, rumahtangga yg baru dibina dilanda badai.Yelah, A hadapi mslh kewangan (mcm2 hutang), A dan isteri tidak bersefahaman ,A dah hilang rasa cintanya dan mcm2 lagi masalah dlm rumah tangga A ni.

Itu baru satu contoh diberi.Ironinya, dlm menjalani kehidupan ini,kita perlu sentiasa bersedia.Perjalanan yg panjang ni memerlukan bekalan agar kita tidak sangkut sebelum tiba ke destinasi kita.Dlm apa jua aktiviti yg kita lakukan,kita mesti ada persiapan dan bekalan.Tak kiralah dalam study ke,pekerjaan,perkahwinan, pengembaraan dan etc..


Ingatlah kehidupan dunia ni hanya sementara.Kehidupan akhirat jua yg hakiki. Allah beri kita peluang utk berusaha dgn melakukan amal2 yg baik agar kita dapat mempersiapkan diri dalam menuju ke kehidupan hakiki.Ibaratnya, dunia ini spt ladang yg kita gunakan utk menanam tanaman utk kita gunakan kelak.Jangan kita leka dengan keindahan dunia hingga kita terlupa utk mempersiapkan diri dan menyediakan bekalan utk kita hadapi kehidupan akhirat.

Firman Allah :

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal." (QS. Al-Baqarah: 197)

Allah dah beritahu dalam quran yg bekalan terbaik yg patut kita sediakan bukanlah pakaian yg mewah2,harta kekayaan,keluarga yg ramai ataupun pangkat dan populariti. Sebaliknya, bekalan taqwa yang patut kita sediakan. Nah..Jelas bukan peringatan dari Allah..Maka, mengapa selain dari taqwa yg kita sibuk2 kejar tu?? Walau harta banyak, populariti mencanak2, pangkat pun tinggi, tidaklah ada kepentingannya semua itu bila mana kita telah menghembuskan nafas yang terakhir..

Maka, ayuh rakan2 dan para pembaca. Siapkan diri kita dan sediakanlah bekalan secukupnya..Agar impian kita utk bertemu Illahi tercapai.

Akhir kata, walau apa pun yg kita ingin lakukan, sila bersedia,bersedia dan bersedia :)

No comments: