Wednesday, October 3

Kisah tabiin


Bismillahirahmanirahim


Zainul Abidin Ali Bin Al-Husain Bin Ali
Pengenalan
·         Cicit kepada RasulAllah SAW
·         Anak kepada Sayyidina Hussain RA dan Ghazalah (Shah Zinan).
·         Dikenali sebagai “Zainul abidin” kerana ketekunannya dalam melaksanakan ibadah.
·         Juga dikenali sebagai “al-Sajjad” kerana sikapnya yang suka sujud dalam masa yang lama.
·         Juga digelar sebagai “al-Zaki” kerana ketulusan hatinya.
Zaman kanak2
·         Dilahirkan di Madinah (ada sejarawan kata Kufa) pada 38H.
·         Ibunya wafat ketika beliau masih bayi.Maka beliau dijaga oleh ibu saudaranya (kakak kepada Hussain) Hassan,dan ayahnya.
·         Dapat bersama dengan datuknya,Ali B Abi Talib sehingga beliau berumur 2 tahun.
·         Pada umurnya setahun setengah,beliau meniru perbuatannya atuknya yang ketika itu sedang solat.Beliau bersembahyang sebagaimana datuknya lakukan.Selesai solat, Ali RA berkata "How truthful was the Prophet when he said our young and our old are all the same, all being Muhammed."

Zaman dewasa
·         Berumur 22tahun ketika bapanya wafat.
·         Amat memahami bahawa doa adalah teras ibadah.Oleh itu,beliau gemar berdoa sedaya-upaya terutamanya di kelambu Kaabah.
·         Suatu hari, Towuus bin Kaisaan ternampak Zainul abidin sedang berteduh di bawah naungan Kaabah. Ketika itu, Zainul abidin sedang mengerang seperti orang kesakitan.Beliau menangis teresak-esak dan memanjatkan doa spt orang yang sudah pasrah.Towuus menunggu sehingga tangisannya reda dan lalu menemuinya.
“ Wahai anak RasulAllah (merujuk kepada Zainul abidin),saya nampak apa yang engkau lakukan tadi. Engkau sebenarnya ada tiga kelebihan yang mungkin akan dapat meredakan ketakutanmu”.
“Apakah kelebihan itu,wahai Towuus?” tanya Zainul abidin.
“Pertama,engkau adalah anak RasulAllah SAW.Kedua, syafaat datukmu.Ketiga,ialah rahmat Allah.”
Zainul abidin membalas: “Wahai Towuus,hubungan saya dengan RasulAllah SAW tidak dapat mententeramkan saya setelah saya mendengar firman Allah (rujuk ayat al-Mukminun :101).
“Tentang syafaat datuk saya,Allah sendiri telah menyatakan KalimahNya  (rujuk ayat Al-Anbiya:28).
“Sementara rahmat Allah pula Dia nyatakan (rujuk surah Al-A’raf:56).
·         Beliau setiap malamnya memikul sendiri karung makanan di atas punggungnya dan menyedekahkan kepada para fakir miskin di Madinah. Beliau berkata “ Sessunguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan.”
Ramai dikalangan penduduk Madinah hidup tanya menyedari siapakah yang memberikan mereka saran hidup.Setelah Ali bin al-Hussain wafat,barulah mereka tahu daripada mana bantuan yang mereka terima selama ini.
Amr bin Tsabit menceritakan,ketikan jenazah Ali Zainul Abidin dimandikan,orang2 yang melihat jenazahnya terlihat tanda hitam di belakang badannya.Mereka bertanya “ Apakah benda ini? “ Mereka diberitahu “ itulah kesan beliau mengangkat guni tepung kepada 100 buah rumah penduduk madinah yang kini kehilangan orang yang selama ini memberi bantuan pada mereka”.
·         Diceritakan oleh al-Hassan bin al-Hassan :
“Suatu ketika berlaku perselisihan faham antara saya dengan sepupu saya,Zainul abidin. Saya datang menemuinya dalam keadaan marah dan saya luahkan semua kemarahan saya. Namun beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Beliau ketika itu dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya.Selepas itu,saya beredar.
“Pada malamnya,kedengaran pintu rumah saya diketuk dan saya bangun untuk melihat siapa gerangannya.Rupa-rupanya Zainul abidin. Saya sangka beliau pasti mahu membalas apa yang saya lakukan siang tadi.Namun,sangkaan saya meleset apabila beliau berkata:
“ Saudaraku, jika apa yang engkau katakana itu betul, saya berharap moga Allah ampunkan saya.Namun,jika tidak betul,moga Allah mengampunkanmu.”
Setelah itu,beliau memberi salam dan terus beredar.Saya pun mengejarnya dan katakana padanya :
“Saya bersumpah saya tidak akan lakukan lagi perkara yang tidak engkau sukai.
“Saya maafkan apa yang engkau lakukan itu”,balas Zainul abidin dengan lembutnya.
·         Beliau meninggal di Madinah pada 94H.Meninggalkan 11 putera dan 4 puteri. Adapun warisan yang ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu,kezuhudan dan ibadah.

Sunday, September 9

Reviu : Memoir seorang Guru

Bismillah

Lama sudah tak menulis
Aku tiada sebab utk tak menulis
Mungkin kekeringan idea
Akibat cuti yang berpanjangan
tanpa aku gunakan utk menambah ilmu ku.

Allahu allah.
ampunkan  dosa2 ku.
baik yg aku lakukan secara sengaja atau tak sengaja.
moga setiap perbuatan ku digerakkan oleh imanku
bukan emosi atau hawa nafsu.
amin ya rahman..ya rahim..

Untuk entry kali ini,sy ingin berkogsi ulasan sy mengenai buku Memoir seorang Guru (Oleh Azizi Abdullah)..

Sinopsis cerita ni berkisarkan seorang bapa yg pada mulanya menentang anaknya utk menceburi bidang perguruan.Penentangan ini bukan disebabkan gaji cikgu kecik atau profession ini tidak bagus.Tapi, si ayah takut andai anaknya menjadi sepertinya.Nasihat2 seorang ayah kepada anaknya byk diterapkan dlm novel ini.Ini termasuklah mengenai keberkatan dlm mencari rezeki,tanggungjawab pada ibubapa,menghormati orang tua dan keikhlasan dlm beribadah pada Nya.

Sebagai seorang bakal guru (inshaAllah), sy sangat tersentuh bila penulis menceritakan bagaimna perasaan seorang guru bila melihat anak2 muridnya semua menjadi org berguna.Penulis cuba mengetengahkan tanggugjawab seorang guru utk menjadi murabbi.Bukan hanya makan gaji,terikat dgn kurikulum dan lain2.

Penulis membuatkan pembaca melahirkan pelbagai emosi. Ada ketikanya aku sedih,gembira,insaf.Sarat dengan emosi. Cuma, cara penulis menceritakn isu2 dialog dan masa lampau,ada ketikanya sukar utk difahami.Penggunaan perkataan yg kdg2 kala mengelirukan.

Secara keseluruhannya,buku ini best.Sangat2 dicadangkan utk bakal2 guru. Moga kita dp melahirkan pemuda pemudi yg soleh dan solehah.menjadi murabbi yg ikhlas bekerja.Aminn :)

Credit picture :  Di sini :)



Monday, July 9

New Chapter

Bismillah

Salam'alaikum wrm

Alhamdulilah..dah selamat tiba di malaysia.kepulangan ini iAllah adalah back for good.mugkin aku akan pergi balik uk.tp,tak tahu lah kan bila.hanya Allah yg mengetahui.maka,bermulalah kehidupan ku di malaysia.

aku mohon dgn Allah agar aku terus istiqamah di jalanNya.
aku sedar akan perubahan persekitaran
sedikit masa diperlukan utk hadapi perubahan ini
mohon agar Allah beri aku kekuatan dan kesabaran
dan permudahkan urusan aku

Ameen

Jom,sama2 kita lawan nafsu.
ramadan pun dah nak menjelma! :)

Monday, June 25

Bukan sekadar pemerhati

Bismillah

Rasanya ramai sgt org dh post psl kemenangan Dr Morsi sbg Presiden Mesir baru2 ni. Aku pun turut bergembira. Syukur alhamdulilah.

Yang penting, tugas kita as khalifah Allah. Sebab in the end, Allah akan nilai amal pahala seorang individu tersebut. Bukan jemaah,ahli keluarga,kawan2 n etc. Maka, jom sama2 kita mengejar mardhatilah dengan memberi amal yg terbaik padaNya. Ibadah yg sahih dan hati yg ikhlas, inshaAllah.
Kita taknak jadi sekadar pemerhati yg melihat kemenangan islam. Bahkan,kita nak sama2 turut menyumbang kearah kemenangan  ni. Allahuakbar!!

Jom kawan2. Mari perbaiki diri dan bantu org lain baiki diri juga :)

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)  [Al-mulk : 2]

Lastly, nak share satu video yg best,iAllah. Tiga langkah utk mengejar syurga (dipetik dari video di bawah) :

1)Want
2)Ask
3) Act

Dengar dan hayati video ni. 5minit je. iAllah,moga bermnfaat :)





Thursday, June 7

Refleksi diri

Bismillah

Winter 2012 : Nottingham,UK


Sebulan lagi,aku bakal meninggalkan tempat ni,
tempat dimana aku mengenal erti kehidupan,
yg mendidik aku utk mencintai ilahi,
bukan sekadar ucapan,
tapi dengan perbuatan yang iAllah ikhlas dari hati..

Moga mutiara2 yg aku perolehi,
akan sentiasa ada di dalam long term memory,
dan ia mampu dikeluarkan tak kira waktu dan destinasi,
agar hidup aku diberkati..


Selalunya bila nak akhir semester,kita akan dapat borang feedback.
Sebagai muhasabah utk sesi akan datang.
So,aku amek inspirasi dari tu.
Untuk menrefleksi kehidupan aku sepanjang aku disini.
Sebagai seorang pelajar,kawan,anak,jiran dan hambaNya.
Buat kritikan pada org mmg senang. Jom sekali-sekala kita evaluate diri sendiri pulak!

Sayu jugak malam2 tulis entry yg mengamit memory.
Bila ingat balik manusia2 yg aku sayang keranaNya.
Yang aku kenal di sini.
Tapi, sekarang dah berada di merata2.


Okay.Nak sambung buat assignment.Doakan aku :)